Sudilah menjadi teman

Khamis, 17 Jun 2010

Terasa Nak Baby Baru...

Tajuk ni kalau ayah baca ,gerenti ayah akan tersengih-sengih sambil geleng kepala...ahaks.

Entah apalah agaknya yg telah merasuk mama pagi ni, tiba-tiba terasa macam best jer kalau ada baby kecik..Baby mama yg paling kecil telah berumur 4 tahun lebih..Langsung takde unsur-unsur baby lagi.Baby Shamel telah pandai berdikari...dah pandai tidur sendiri,mandi sendiri,makan sendiri,pergi tandas sendiri (but still under pengawasan..)

Sekarang anak-anak mama dah mula solat berjemaah adik beradik..Mama sangat terharu ,so proud to all of you...Imamnya ialah Amin .Mama memang mahu melatih Amin seawal yang mungkin.(Yelah sebagai anak lelaki yg sulung ada peranan membimbing adik adik..)

Mama dengarkan sahaja sewaktu mereka solat bersama-sama (kuat sungguhlah suara imam muda tu bila baca surah...walaupun mama dah advise supaya suara dilembutkan sedikit supaya makmum tak rasa tersentak..he3)

Agaknya mama sudah terpengaruh dengan berita kawan adik yang baru mendapat baby lelaki semalam..So hari ni dah mula berangan nak baby baru jugak..Anak dah 5 still nak berbaby baru..hmmmm...(baby kecik sangat comel tau.. :))

12 ulasan:

Tirana berkata...

Sementara boleh melahirkan baby, apa salahnya...hehehe

Y a T C i E berkata...

uik uik.
adakah saya bakal dapat sepupu baru lagi? =P

Zaitun berkata...

Suka ramai anak rupanya,kalau masih muda apa salahnya.

[z@ck] berkata...

sementara boleh lagi, try je la..hihihihi.mana tau ada rezeki baby lagi

niesz berkata...

insyaALLAH..mane tau ade rezki..xsalah if mncuba kan..

AIN NAZRI berkata...

betol tu mama... berusaha lah.. dah rezeki tak kemana.. meriah dgn budak2... suka suka..

zureen @ mama berkata...

Kak Tirana ,zureen berangan je lebih..he3

zureen @ mama berkata...

Yatie, memandangkan pakcikmu kata sudah cukup kouta...he3 ,Maksu tunggu baby yati ajelah ye..

zureen @ mama berkata...

Kak Zaitun...adik beradik zureen ramai...so memang suka meriah2 ni..

zureen @ mama berkata...

Zack....kalau itu takdirnya, Kak Zureen terima dengan gembira,,

zureen @ mama berkata...

Niesz...cuba teka??he3

zureen @ mama berkata...

Ain...meriahlah rumah dengan jeritan anak2 dan termasuk jugak jeritan ibunya..wakaka..