Sudilah menjadi teman

Khamis, 1 Julai 2010

Kari Kepala Ikan Mamak...


Baru-baru ni mama ada mencuba untuk pertama kalinya masak KARI KEPALA IKAN.Sebelum memasak kari tu adalah mencari-cari resepi dalam internet..Tapi akhirnya sewaktu memasak mama cuma refer belakang peket rempah kari sahaja...kuang3

Mama gunakan rempah Kari Adabi (pilihan mama) CAMPUR rempah Kari Babas (pilihan ayah sebab katanya Babas bunyi lebih kearah mamak..huh)..Kiranya dua resepi menjadi satulah ni..

Hasilnya sangat memuaskan.Nak buang kuahnya pun terasa sayang sebab sedap jugak ditekak mama ni (tekak mama ajelah..tekak orang lain belum tentu sedap..he3).Cuma masa makan kepala ikan tu agak rumit sedikit sebab tak tahu nak makan macamana..huhuhu.

Awatlah orang boleh suka makan kepala ikan ni...?? Bukannya ada banyak daging pun..Tercari-cari dagingnya dicelah celah kepala..sungguh susah..Lain kali nak masak guna badan ikan sahajalah..(Orang kata makan kepala ikan selalu boleh jadi pelupa ..betul ke?)

Note untuk diri sendiri:

Semua perkara ada permulaannya..kalau kita tak mahu atau takut mencuba sesuatu maka rugilah ..Walaupun seandainya apa yang kita cuba tidak membuahkan hasil yang baik pada awalnya , masih dikira OK. At least kita telah mencuba.. Cuba dan cuba lagi until berjaya..

12 ulasan:

ain berkata...

salam zu. hubby akak pun tak reti mkn kepala ikan, baik ikan kicik atau ikan besar. rugi betul. akak dulu2 suka mkn kepala ikan msk kari ke, asam pedas ke, tp sbb hubby tak suka dan akak x de peluang nak msk, maka jrg la dpt nak enjoy kepala ikan ni.huhu

Rinna berkata...

Hmm..sedapnya..tgk kari kepala ikan tuh.. :)

Asmi Asmidar berkata...

wah...sedap nyer...
lamer xmakn kari niy..

KTS berkata...

sy yg tak mkn kepala ikan ni pun selalu benar lupa..

.
.

;D

AIN NAZRI berkata...

wah sedapnya kari kepala ikan.. ain sgt suka makan kepala ikan.. kalau seketol mama masak tu mmg untk ain sorg aje.. hehehehe.. tak leh share2..

Tirana berkata...

Wah..wah...kari kepala ikan. Nanti boleh la kak tirana order ye..hehehe

zureen @ mama berkata...

Kak Ain..zureen pun sama tak reti makan kepala ikan..letih part nak cari isi tu..huhuhu

zureen @ mama berkata...

Kak Rinna..nampak sedap kan.. :)

Tapi rasanya tak tahu lagik..he3

zureen @ mama berkata...

Kak Zureen memang suka makan kari.. :)

zureen @ mama berkata...

Ain..kak Zureen dpat kuahnya pun jadilah..

zureen @ mama berkata...

KTS..adakah termakan "semut"...he3

Orang kata kalau selalu makan kepala ikan dan semut boleh sebabkan lupa ni..betul ke?

zureen @ mama berkata...

Kak Tirana..nanti kita sama-sama order kat kedai mamak ye..he3