(Set ni dah sedia tajammmm...)
Sekarang ni mama dah ada satu hobi baru (actually takdelah baru sangat pun..he3).Memandang mama memang suka sangat aktiviti membuat kraf dan sedara-maranya , maka mengukir termasuk dalam kumpulan itu..
Mama dah ada 2 set pisau mengukir buat masa sekarang ni ....Cuma kena diasah semula sedikit pisau-pisau tu sebab tak berapa nak tajam sangat..Pisau-pisau ni pun ada kotak tersendiri untuk mengelakkan anak-anak dibawah umur, mencuba untuk mengukir secara senyap-senyap..
Anak-anak mama pun ada hobi mengukir jugak... Mama sebenarnya dah tahu siapa punya angkara mengukir atas alamari TV tu...diukirnya mengunakan pen sahaja..Berbagai corak yang ada nampaknya..Ada gambar bunga lagi..(kreatif tapi salah tempat ni..)
Note untuk ayah: Kalau pergi kedai buku, pastu terjumpa getah pemadam jangan lupa beli sepuluh..he3
Hasil ukiran tu akan ditayangkan kemudian hari nanti ..itupun kalau tak segan nak tunjuk..he3
5 ulasan:
dah lama tak nampak alat mengukir ni..dulu kecik2 selalu nampak sbb abg ada ambik subjek seni kot masa spm
Baru sahaja nak cuba-cuba hobi baru..Harap tak terukir dijari pulak..
Zureen ada bakat rupanya tunjuklah kalau dah siap kak Zai nak tengok.
blog baru kak Zai
mamasya2.blogspot.com
kak Zai dah ada blog baru ye..nanti zureen datang berkunjung..
akak nak jual pisau itu ? berapa dan dimana boleh saya membelinya ? de.rasta.j@gmail.com
Catat Ulasan