Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label About My Activity. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label About My Activity. Papar semua catatan

Rabu, 9 November 2011

Potong Memotong...

Sekarang mama dah start dengan projek potong memotong baju sekolah anak-anak untuk tahun depan..Rasa nak muntah pun ada bila dah potong kain banyak sebegitu..

Target 21 helai baju putih...patah pinggang mama menjahit nanti..Itu tak termasuk kainnya..Silalah kali dua..USAHA TANGGA KEJAYAAN.

KENAPA BUAT BAJU AWAL SANGAT .??? sebabnya ialah kuantiti baju yang banyak dan menjahit baju hanyalah SALAH SATU diantara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dalam 24jam..Karang asyik menjahit baju , anak-anak makan BENANG ajelah ye..he3

Tapi mama suka menjahit ni..so takde masalah..

Isnin, 12 September 2011

Tanpa Sedar...

Rupanya dah masuk sebulan tak update blog ni..Itulah sebab asyik mundar mandir baca blog orang lain..blog sendiri tak diupdate..he3

Makanya terbuktilah yang mama lebih suka membaca dari menulis..:).Bulan ni agak banyak juga buku yang mama beli di MPH..dapat buku masa beraya rumah Mak Anjang pun ada jugak..(rumah Mak Anjang dah serupa kedai buku..bukunya banyak sangat tersusun rapi..)Sedara mara datang beraya disana makan kuih raya sambil membelek-belek buku..best..

Mama harap cita-cita buat library kat rumah akan tercapai dalam waktu terdekat ni..Hadiah buku memang sangat bermakna buat mama..

Sabtu, 19 Februari 2011

Sakit Mata Bila Memandang ...


Inilah yang mama lihat bertaburan sekitar Pantai Teluk Batik ketika sesi mandi manda baru-baru ni...Kalau masing-masing punyai kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar tentu takkan jadi begini...

Mama memang tak berapa gemar mandi laut..hanya sekadar memandang anak-anak dan hubby bermain air dari jauh..Tugas mama selalunya ialah menjaga barang-barang ,tuala sambil mengambil gambar dari jarak jauh..

Menjaga kebersihan alam sekitar tanggungjawab kita bersama...


Selasa, 18 Januari 2011

Bergaduh Dengan Cik Tu ...


Berbulan-bulan mama menunggu untuk merasa hasilnya..Tapi dikebanyakkan kali..TAKDE REZEKI..

Rupanya bukan mudah nak berebut Ciku dengan Cik Tupai kat luar rumah..Agaknya awal-awal pagi 'mereka" dah check samada buah ciku tu dah boleh dimakan atau tidak...Mama biasanya petang sikit baru ada masa nak check..Maka selalulah ciku-ciku itu jadi santapan cik tupai-tupai dahulu (buat sarapan kotnya..)

Pesanan buat diri sendiri : Ayah dah suruh bungkus..tapi macam banyak sesangatlah nak bungkus ciku-ciku tu..lagipun dah pernah mama bungkus dahulu..Yang hebatnya cik tupai pernah larikan buah ciku bersama bungkusannya sekali..he3

Buat ingatan diri sendiri..Kalau dah rezeki tak kemana..tapi berusahalah untuk untuk rezeki itu..

Selasa, 9 November 2010

Ukir Mengukir..Kegilaan Baru ..

(Set ni dah sedikit tumpul ,kena asah dululah..)






(Set ni dah sedia tajammmm...)




Sekarang ni mama dah ada satu hobi baru (actually takdelah baru sangat pun..he3).Memandang mama memang suka sangat aktiviti membuat kraf dan sedara-maranya , maka mengukir termasuk dalam kumpulan itu..

Mama dah ada 2 set pisau mengukir buat masa sekarang ni ....Cuma kena diasah semula sedikit pisau-pisau tu sebab tak berapa nak tajam sangat..Pisau-pisau ni pun ada kotak tersendiri untuk mengelakkan anak-anak dibawah umur, mencuba untuk mengukir secara senyap-senyap..

Anak-anak mama pun ada hobi mengukir jugak... Mama sebenarnya dah tahu siapa punya angkara mengukir atas alamari TV tu...diukirnya mengunakan pen sahaja..Berbagai corak yang ada nampaknya..Ada gambar bunga lagi..(kreatif tapi salah tempat ni..)

Note untuk ayah: Kalau pergi kedai buku, pastu terjumpa getah pemadam jangan lupa beli sepuluh..he3

Hasil ukiran tu akan ditayangkan kemudian hari nanti ..itupun kalau tak segan nak tunjuk..he3

Rabu, 23 Jun 2010

USA lawan ALGERIA

Sekarang sedang temankan ayah tengok bola (walaupun kami berdua takdelah minat bola pun..)
Agak-agaknya pasukan manalah yang menang agaknya malam ni???...Mama nak sokong Algerialah ..he3.

Selasa, 27 April 2010

Rindunya Dengan Blog Ini..

Terasa lama benar tak update blog..sejak akhir-akhir ni kesuntukkan masa pula untuk berblog..(masa dulu-dolu ok jer...he3)

Last week anak sedara datang langsung tak sempat nak berblog..Yelah nak menghormati tetamu..he3 bukan anak dara seorang tu selalu kesini pun..(karang terbiar plak anak sedara makan sorang-sorang kat dapur..kesian plak)

TerPAKSAlah makciknya tolong teman MAKAN bersama..(ok jer part makan-makan ni..)

Selasa, 6 April 2010

3 Dara Kesayangan Mama..


Tanpa disedari dah semakin besar anak-anak dara mama ni. Moga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.Itulah yang mama sentiasa doakan buat kalian..

Rasa seronok pula bila melihat mereka berpakaian sedondon .Actually ini gambar yang mama sempat ambil sebelum bertolak ke Sungai Besar baru-baru ni..Bertemakan purple..

Mereka sangat gembira kerana dapat memakai baju dan tudung yang mama jahitkan khas buat (buat Amin dan Shamel jangan terasa hati ye..mama sedang dlm proses untuk buat baju kalian juga..)Jangan muncung-muncung nanti mama buat sangkut hanger jer...Rasanya semakin baik mutu jahitan mama kali ni..(setelah gagal berkali-kali juga.. but yang penting never give up..)

Sementara mereka kecil inilah ,bolehlah suruh pakai sama sedondon..Nanti bila dah besar takmo dah pakai baju yg sama-sama ni.....

Rabu, 31 Mac 2010

Langsir Free Baru..

Pagi ni tergatal tangan nak tukar langsir blog..Akhirnya mama pilih yang ini..Rasanya lebih menenangkan pandangan dan fikiran..

Langsir ni free dan tak perlu digunting-gunting dan dijahit..Cuma perlu COPY and PASTE jer.Kalaulah menukar langsir rumah semudah tu..Tiap-tiap hari mama tukaq langsir..he3

Jumaat, 12 Februari 2010

Kemaruk Pasang Awning...

Bukan awning tingkap ye..Ni awning tudung. Sejak dua tiga hari ni kemaruk memasang awning pada tudung anak-anak.. At first sajelah nak try buat awning tudung (dan pada awalnya fail jer..)Setelah try beberapa kali (bermakna telah gigih menetas benang berkali-kali jugak ...) Akhirnya berjaya jugaklah..

Kalau tak cantik sangat pun takpe, tiada menjadi hal punyelah..anak-anak tak pandai nak komplen lagi. "Siapa berani komplen sila mara kedepan satu langkah..."(sambil membulatkan mata).Keputusannya nobody sanggup kedepan ,malahan masing-masing larik trus masuk bilik...

Kalau tudung untuk diri sendiri, mama beli jer kuang3..nampak sgt jahitan tak berapa nak cantik lagi..he3

Nanti kalau rajin, gambar akan diupload kemudian..(rajin ker mama ???)

Moral of the story: Usaha tangga kejayaan..walaupun anda perlu menetas jahitan dan menjahitnya berkali-kali..InsyaAllah akan berjaya juga..

Petang ni nak ajak ayah pergi Nagoya untuk beli kain lycra lagi..(boleh kan ayah??sambil kelip2 mata....)

Jumaat, 15 Januari 2010

Gerhana Dikala Mendung..

Mama teringin sesangat nak melihat gerhana matahari yang bakal berlaku petang ni..Tapi cuaca macam sedikit mendung pula dikawasan ini ..Agaknya dapat ke melihat gerhana tersebut???.. huhuhu..

Still berharap..Dan jangan lupa solat sunat gerhana ye...


Jumaat, 11 Disember 2009

Kaftan Noor Arfa


Semasa berkunjung ke Terengganu beberapa hari yang lepas .Kami sekeluarga sempat singgah ke Noor Arfa batik , sebab kat situ ada sale. Mama cuma belikan anak-anak pompuan baju kaftan sorang satu sahaja. Anak-anak laki sila tengok sahaja ok..he3(takkan nak pakai kaftan juga). Mama pula dah beli baju kaftan batik di KB Mall sehari sebelum itu..(so takkan nak beli lagi kotnya..)

Tapi memang cantiklah dan harganya pun agak berpatutan. Kat sana ada bahagian yg menunjukkan bagaimana batik dicetak dan diproses..Memang bagus untuk beri pendedahan pada anak-anak mama ..(takdelah mereka pakai baju tanpa mengetahui bagaimana ianya dihasilkan..)
Kadang -kadang tanpa kita sedari perkara-perkara atau peristiwa yg simple macam ni memberikan kenangan manis pada diri anak-anak.

Mama percaya anak-anak yg mempunyai kehidupan masa kecil yg gembira akan melahirkan insan dewasa yg gembira juga..

Bukan hanya sekadar KLIK

Mama memang suka klik mengklik bila ada masa terluang (yelah still kena buat housework ok , bukan 24jam depan DELL ni..)..Tapi bukan hanya mengklik sesaje, mama pun turut baca blog rakan2 yg ada.. Bila ada penulisan yg baru biasanya mama akan baca..(mama kan memang suka membaca..he3 , so tiada masalah dlm hal ini..)

Bila banyak klik ..rasanya dapat lebih ramai kawan..(part ni mama sukee sgt ). Banyak juga bahan-bahan yg dapat mama baca. Malahan ada sesetengah blog yg menulis tentang pengetahuan am (yg kadang2 kita pun tak tahu..). At least dapatlah juga ilmu dan info darinya..Kiranya POSITIF jugalah..Walaupun kadang2 ada juga yg negatif , tetapi bukankah kita ada akal fikiran dan hati utk menilai..(so pandai-pandailah..ambil yg baik shj..)


Khamis, 10 Disember 2009

Bikin spagethi udang..

Tengahari ni takde idea nak masak apa.. Lagipun asyik makan nasi hari-hari rasa bosan juga.So utk lunch kali ni anak-anak mama "TER"paksa makan mee spagethi udang yg dimasak ala-ala syokk sendiri..Jangan risau mama dah cuba pastikan bahan-bahannya takkan membuat sesiapapun sakit perut setelah memakannya..

Nanti kalau sedap kita boleh cuba lagi lain kali (nak ker anak2 cuba lain kali agaknya???..wakaka..).

Kita kena berani mencuba ye tak?? barulah tahu samada kita boleh atau tak buat sesuatu..

Pesanan buat anak-anak:

Gagal takpe at least kita dah cuba..

Petang ni kita cuba buat biskut pula (utk elakkan mereka melekat depan PC 24jam..huh).

Urusan pertunangan..

Minggu Sabtu lepas Pakcik Baha kawen...Sabtu ni pula Pakcik Udin pula nak tunang..Bagus2.(cepat-cepatlah korang kawen, mama suke jer).Pakcik Adi nak join sama juga ke? .Kalau belum cukup fulus..he3 (simpan sahajalah hasrat dihati itu...)

So hari ni nak siap-siapkan brg tunang mana yg perlu..Tolong-tolong mana yg perlu.Belum decide samada nak beli kek kat mana lagi..(Secret Recipes mcm best, tapi dengar cepat cair betul ke?).Tapi kalau beli cupcakes yg comel2 tu pun mcm best jer kan...(Iskh sapalah yg nak bertunang ni , mama ke pakcik Udin..wakaka..over plak )

Rabu, 9 Disember 2009

Terlerai Anggota Badan..

Semalam petang mama sekeluarga selamat sampai ke Shah Alam..Alhamdulillah perjalanan agak lancar dan tiada banjir dimana-mana..(suke..).

Tapi memandangkan perjalanan yg agak jauh itu..mama rasa anggota badan mama bagaikan dah terlerai..huhuhu..sungguh letih .Yang membuatkan rasa letih bertambah-tambah bila dapat tahu ada seekor kucing betina telah terkurung dan buang tahik atas carpet dan tilam kekabu depan Tv..waaaa..(bertambah-tambah penatnya..).Akhirnya tilam terpaksa dibuang (2 tilam plak tu..grrrr..).Tapi yg penting rumah berkeadaan selamat ..itu yg lebih penting.

Bila diselidik mungkin kucing itu telah masuk ikut tingkap bilik air yg terlupa ditutup..

Malam tadi mama telan ubat dan terus tertidur dengan amannya..

Pagi ni mama temankan ayah daftar Kafa untuk Hani dan Zati di masjid yg berdekatan rumah ni.Senang sikit nak pergi balik dari sekolah.Lepastu pergi beli barang2 dapur..(bila nak berehat ni..fenat sudah...)

Isnin, 7 Disember 2009

Bersiaran dari Seri Malaysia Kuantan..

Sekarang mama dalam perjalanan pulang balik ke Shah Alam..Penat sungguhlah rasanya badan ni..Masa pergi ke Kelantan kami sekeluarga ikut Gerik..tapi balik menyusuri Terengganu dan masuk Kuantan..

Alhamdulillah takde banjir dimana-mana jalan yg kami lalui..Perkahwinan Cik Baha berjalan lancar..Mama dan makcik2 yg lain2 semuanya tolong -menolong memerah otak menghasilkan hasil seni (barang hantaran..).Buat hantaran ikut syokk sendiri..Buat hantaran untuk memenuhi impian masa kahwen yg belum tercapai (bukan begitu makcik Yatie..he3).

Seronok bila berkumpul ramai2 begitu..

Di hotel Seri Malaysia Kuantan ni ada WIFI..so bolehlah update blog..(siap takmo ikut hubby pergi shopping lagi..macam sukar dipercayai??? Percayalah..(rindu sungguh ngan blog ni..)

Rabu, 2 Disember 2009

Kereta Sudah Siap Vakum..

Satu kerja dalam list dah dibuat..selepas ni boleh mula upload barang-barang dalam Avanza..Takmo bawak barang terlebih2..takut mendap kereta..he3

Petang nak buat cupcake nak beri sikit pada jiran sebelah ..disamping nak beri kunci rumah sekali (yelah nak berjalan lama-lama mestilah inform jiran sebelah menyebelah..). Nanti bolehlah mereka tolong tengok-tengokkan rumah masa kita tiada..Jiran sebelah rumah mama ni memang baik orangnya.Mama dah anggap macam family sendiri shj..

List kerja punyelah panjang,..waaa sempat ke siapkan (yg tahan sbb tuan punya badan asyik duduk depan PC ni..grrrrr..)

Mr.Kentang...

Agaknya sbb selalu sangat mengklik lagu Mr.Kentang...Anak2 asyik nyanyi lagu tu jer sejak dua menjak ni..fenin dibuatnya...

Petang ni Cik Bibit dan Hidayah nak sampai dari Batu Pahat..Nak ikut berkonvoi ke Kelate esok pagi ..sesudah subuh (yelah tu...wakaka..)

Esok konvoi 2 kereta shj..Mak Ana tak dpt bercuti awal plak..hmm..

Cuti-cuti Malaysia...

Rabu, 25 November 2009

Mama Nuffnang's List

Setelah balik melawat blog adik Azwa , mama rasa berminat nak buat list nuffnanger's ni..

So bila-bila mama free(setelah segala urusan rumahtangga selesai..).Sesi menjenguk dan mengklik nuff rakan-rakan akan dilakukan..

Jadi kalau ada insan yg berminat untuk sama-sama mengklik.Bolehlah sisipkan alamat anda dalam komen ye..

Sama-sama Mengklik..Sama-sama Untung..

List akan diupdate dari masa kesemasa..