Sudilah menjadi teman

Ahad, 29 November 2009

Bestnya balik kampung..

Baru sampai dari Johor..Memang best balik kampung dapat kumpul adik beradik ramai..Syokk jer..

Lepas tu aktiviti dari pagi sampai ke malam..MAKAN..MAKAN..MAKAN.. Memang sendat perut dibuatnya..Agaknya kalau meja makan dapur Mak Tok boleh bercakap ..mestilah dah lama kena halau suruh main jauh-jauh2..Penat oooi asyik masak jer(makan tak plak penat..wakaka..)

Beberapa hari lagi..adik beradik mama akan berkumpul semula.Kali ni bagi tujuan untuk menghantar Encik Baha yg mahu berkawen dengan orang KB..Jauhnya perjalanan kali ni..(dah terbayang pinggang sakitttttt...walaupun cuma jadi peneman driver..he3). Agaknya ayah yg drive boleh krem kaki..(takpe lah kawen bukan selalu..)

So, buat Mak Ana , Encik Udin, Encik Adi dan Cik Saliza ..silalah confirmkan segera ,samada mahu berkonvoi bersama-sama..(meriah sikit bila ramai2 ni..)

Harap2..waktu kami pergi Kelate , banjir dah ok..Kalau tak kemungkinan besar ,kami turut serta duduk pusat pemindahan banjir sbb tak boleh ketempat asal..wakaka..

1 ulasan:

Tirana berkata...

Perjalanan jauh memang memenatkan tapi seronok..hehehe..

Selamat hari raya aidil adha buat Zureen