Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label About Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label About Family. Papar semua catatan

Jumaat, 27 April 2012

Laju berganda-ganda  .......






Akhirnya terpasang juga unifi di rumah ni..Streamyx ok but UNIFI ni lagi ok...lajuuuuuuuuuuu..(harap sentiasa maintain begitu).Tak sabar nak download movie ...cepatlah sikit masa yang akan diambil nanti..


Terima kasih ayah sbb pasang UNIFI...(ayah pun akan lebih cepat dan  mudah siapkan homework..lebih masa utk family).Suke...


Thanks for BONUS juga...:)




(Shamel dah start memonopoli TV sejak ada UNIFI...channel 132 ...kartun sesaje..).Takpe yang penting masa menonton still akan dihadkan juga..kalau tak parah nanti..











Jumaat, 25 November 2011

Kisah Semalam...

24 November ....merupakan hari lahir ayah yang ke-44 tahun.Mama dan anak-anak mendoakan segala yang terbaik buat ayah..Moga sentiasa dalam lindungan dan limpahan rahmat Allah selalu..Dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki...

Takde sambutan yang special pun , cuma anak-anak yang sibuk membuat key-chain buatan sendiri untuk ayahnya ( sementara mama dikerah untuk memasang pemegangnya..hmmm....), belanja ayah makan Sup Ekor Power kesukaannya , belanja Pizza dan akhir sekali separuh kek dari Secret Recipes..( sejak akhir-akhir ni kami memang suka beli separuh kek sahaja , sebab takut tak habis membazir plak..)

Yang penting semua orang happy dan bersyukur... :)

Selasa, 11 Oktober 2011

Sudah Pukul 4 petang..

Memandangkan jam sudah menunujukkan pukul 4 petang ye kawan-kawan..makanya kenalah bersiap sedia untuk melakukan aktiviti petang seperti memasak,menyapu lantai..err..apalagi ye..

Tapi yang penting sekali PASTIKAN SOLAT ASAR DIDAHULUKAN ..jangan kerana nak buat yg lain-lain solat dilewat-lewatkan...Itu tak bagus..SOLATLAH DIAWAL WAKTU..

Petang ni rancangnya nak buat bubur kacang (biji kacang dah rendam sejak tengahari tadi.. takut dah bertukar jadi taugeh pulak..).

Shamel dah semakin OK..dah boleh pakai seluar sendiri guna satu tangan..(baju still kena bantu :)..

Tak Cukup Prihatin..

Bila kita dalam situasi kurang baik..kita boleh kenal siapa yang prihatin atau kurang prihatin atau memang langsung tak prihatin...

Terima kasih Mak Ana sefamily dan Pakcik Baha sefamily sebab sudi melawat Shamel tempoh hari...

Rabu, 28 September 2011

Impak Akibat Tumbang...

Apa yang tumbang ??..Ariel TV rumah ni yang telah selamat tumbang ketika hujan lebat malam semalam..Akibat dari kejadian tumbang itu..makanya NO TV (ada tapi sangatlah menyakitkan mata..).EH! kan ASTRO ada..??? Rumah ni dah berzaman terminate perkhidmatan tersebut atas dasar tak terutilise pun ..TV pun dah cukup bagi bagi mama..Ayah dah berapa kali nak sambung balik..tapi mamalah tukang membangkangnya..

TAPI ada hikmahnya Ariel TV ni tumbang sekarang, sebab anak-anak sedang mempersiapkan diri untuk exam next month..Kira bagus jugaklah takde TV waktu sekarang.. satu godaan besar sudah tiada buat masa ni..

Mama ada terbaca tentang PENGARUH TV SEBAGAI PENCURI TERBESAR...pencuri agung masa,pencuri agung minat,pencuri agung tenaga,pencuri agung tumpuan ....macam-macam lagilah.Mama baca buku motivasi baru-baru ni,ada terangkan tentang pengaruh buruk TV kalau tidak dikawal dengan sebaiknya....bahaya.

Moral of the story: Bagus juga TAKDE TV..

Selasa, 12 Julai 2011

Binatang Apakah Ini...Musang Berjanggutkah????


Sebenarnya kami pun tak tahu binatang apakah ini....Perangkap ni kami dah pasang sejak semalam, sebab sejak dua tiga menjak ni ,ada dapat hadiah tahi haiwan diruang rehat luar..Kami ingat mungkin tikus BESAR..Sebab saiz tahi tu sedikit besar dari tahi tikus biasa..

Tup..tup malam tadi ayah sibuk panggil mama(yang juga sedang sibuk surf internet..he3).Rupa-rupanya perangkap kami telah mengena..Kami pasang umpan kepala ikan sardin..Confuse jugalah ,sebab rasa awatlah tikus ni nampak besar dan pelik pulak tu...

Maka sesi teka meneka haiwan apakah pun bermula..Mama teka MUSANG..entah betul ke tak?

Rabu, 11 Mei 2011

Jika Bukan Rezeki Kita.....



Ahad lepas mama dan ayah ada meronda-ronda sambil survey sofa dekat kedai perabot sekitar kawasan kami tinggal..Memang dah lama nak tukar sofa baru ni..Sofa yang ada ni dah uzur sangat ,umurnya pun hampir sebaya dengan usia perkahwinan kami yang nak masuk 14 tahun ni..Memang patut direhatkan ..he3

Setelah penat meround akhirnya jumpa jugalah sofa yang kami sama-sama jatuh cinta..Yelah bukan mudah nak jatuh cinta pada sofa yang sama ni..Banyak jugalah gambar sofa yang kami ambil untuk dibuat perbandingan..

Memandangkan kami dah sama-sama jatuh cinta ,maka duit deposit pun dihulurkan..Sofa dijanjikan akan dihantar keesokkan petangnya..Hati sudah berbunga riang sambil membayangkan anak2 terguling-guling atas sofa baru tu..he3

But mungkin bukan rezeki kami..ditakdirkan pusat perabot itu terbakar pada malam sebelum delivery dihantar...waaaaaaaa...Terbayang-bayang perabot yang cantik terbakar sama..Makanya sofa idaman itu seperti jadi mimpi dalam mimpi ajelah...Mungkin bukan rezeki..dugaan,,Sabar....

Tapi dengarnya mungkin akan dapat juga sofa itu..sebab ada stok simpanan dari gudang..Jika ada rezeki kami dapatlah kami berguling-guling sekeluarga diatasnya..he3

Sekian..(eh! macam karangan UPSR aje...mesti dapat C...kuang3)

Isnin, 14 Mac 2011

Tahniah Buat Kalian Berdua...

Buat Pakcik Udin dan Makcik Huda .. Kini kalian sudah bertiga...Tahniah atas kelahiran putera yang sangat comel dan gebu..Kalau tak silap nama yang diberi ialah AMIR HANNAN ...sedap nama tu...

Jaga diri dengan baik semasa berpantang ye Huda ..Semoga semuanya berjalan dengan lancar..

Isnin, 24 Januari 2011

Resepi Membuat Simen Lantai..






Tajuk yang sedikit berbeza dari kebiasaan..Yelah selalunya resepi buat biskut, roti, muffin ker..Kali ni mama beri resepi "Simen Lantai"..he3

Actually, beberapi hari yang lalu mama dan ayah telah bersepakat untuk "Belajar Menyimen Lantai ". Atas dasar ingin menimba ilmu dan pengalaman kononnya..Tanpa menyedari yang ianya memerah keringat yang bukan sedikit..terutama sekali mama yang memang jaraaaang buat kerja-kerja berat ..huhuhu..

Bahan-bahannya:

-50kg simen (bersamaan 1 beg)
-25kg pasir x 4 (sila tapis untuk hasil yg lebih baik ye puan-puan..sebab kadang-kadang sebesar-besar batu ada didalamnya..susah nak melicinkan permukaan nanti..harap maklum..)
-Air secukup rasa
-Bahan-bahan untuk mengadun seperti penyodok ,baldi dll.

Cara-caranya:

1) Pastikan permukaan tanah telah diratakan sebaiknya..
2)Campurkan simen bersama pasir sehingga sebati..
3)Setelah itu bolehlah dicampurkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yg dikehendaki..
(Adunan yg sedikit lembek lebih mudah untuk dilepa kemudian nanti..walaupun lebih lambat kering..)

Selamat Mencuba..

Peringatan: Bagi sesiapa yang ada sakit pinggang atau masalah tulang belakang.Tidak digalakkan mencubanya.Upah ajelah orang lain..he3.Peringatan ini buat tuan punya badan juga utk dimasa yg akan dtg..

Walau percubaan kali pertama kami tak sebagus mana..masih berpuashati..:)

Kata ayah ,"Satu hari nanti bila kita pijak lantai ini ,kita akan teringat susah payah kita bersama mengusahakannya..Yelah tu..:)

Part yang paling Seronok : Bila melihat simen lantai mengering dengan baik..
Part yang paling "Tak Seronok" :Sakit Badan yang amat..kejang otot dibuatnya..huuhuhu

Ahad, 2 Januari 2011

Kembali Menjadi Supir ....

Setelah sebulan tidak memandu ...esok kerja sebagai supir anak-anak akan bermula semula..Eh! lupa pulak yang mana satu untuk TEKAN MINYAK dan mana satu TEKAN BREK....he3

Tahun ni Sara dan Sofea bersekolah disebelah petang untuk sekolah kebangsaan..Manakala KAFA sebelah pagi..Sharina pulak jadual bertentangan..(kalau semua sama waktu kan bagus..hantar satu trip sajer..jimat masa dan duit minyak..)

Amin akan mula bersekolah menengah (sudah besar anak sulungku ini...sob..sob..sob..).Rasanya macam baru jer masukkan dia ke tadika..pejam celik dah nak masuk menengah..hmmm.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar..Mendoakan yang terbaik buat kalian semua..

Sabtu, 11 Disember 2010

Empty "Nest"

Hari ini selepas sibuk menyuruh anak-anak merendahkan volume bunyi...baru perasan yang "si dia " dah tiada disini..Mama ada rasa macam sedikit kena sindrom empty "nest"..

Si kecik itu telah pindah balik kerumahnya ..Setelah beberapa minggu mendengar suara si kecik , terasa sedikit pelik bila tak kedengaran pula ...(sayu).Actually mama sejak lebih beberapa minggu lepas sibuk menjaga ibu pantang bersama si kecik itu..

Nanti bila berpeluang mama akan menjenguk Adelia kat sana ye..Sementara itu jangan nakal2 tau..

Rabu, 24 November 2010

Buat Abang Misai...

Selamat Hari Lahir.....ke43 tahun..(masih 40an..)

Semoga dipanjang umur berserta kesihatan yang sempurna..Dilindungi dan dirahmati Allah selalu..Dimurahkan rezeki dan mendoakan yang terbaik buat abang..

Rabu, 13 Oktober 2010

Pencuri Yang Sungguh .....

Tengahari semalam sewaktu mama nak ambil Sara dari tadika . Mama telah menyaksikan kejadian "kecurian " yang dilakukan oleh dua orang remaja lelaki (entah anak sapalah agaknya...).Mereka cuba mencuri barangan jiran depan rumah mama tau..Actually masa melihat diorang kat dalam pagar rumah jiran tu, tak rasa apa-apa yang janggal sangat..Sehingga salah seorang yg jaga motor kat luar pagar terlihat mama dan tergesa-gesa memanggil kawannya yang berada dalam kawasan berpagar..Nampak cuak jer muka sorang-sorang..

Mama sempat telefon jiran sebelah inform hal tersebut...Kak Piah (jiran sebelah ) pun syak yang mereka tu pencurik...Beberapa saat lepas tu dengan selamba pencurik tu berlalu pergi dengan sebuah kipas (apalah diorang..kipas rosak pun nak ambil jugak ke??).

Mama tak berani nak keluar pagar waktu tu sebab hanya ada mama dan anak2 sahaja..

Takut bila melihat pencurik tu berani buat "kerja" waktu siang-siang buta begitu...

Semakin takutlah mama nak keluar rumah kalau begini rupanya...huhhhuhu

Khamis, 2 September 2010

Lalat Goreng Garing...

Sejak mula berpuasa mama masak sendiri makanan untuk berbuka ..Lebih ekonomi kot.Tapi entah mimpi apa agaknya mama semalam, teringin benar nak makan beriani kambing .Macam terasa-rasa ditekak..he3.

Dah pergi bazar Ramadhan takkan nak beli untuk diri sendiri sahaja..Maka anak-anak pun dioffer nak makan apa..mama belanja katanya (walaupun pada akhirnya ayah yang bayar semuanya).

Mama yang pada mulanya nak makan beriani kambing bertukar arah ke beriani daging saje (sbb baru perasan diri sendiri tak makan kambing..:) ).Untuk anak2 mama belikan nasi tomato berlaukkan ayam goreng dan ayam merah..

Sewaktu berbuka tiba-tiba Sara menjerit.."Mama dalam nasik Sara ada insect..".Mama yang cuba untuk tidak mematahkan selera mereka yg lain ..cepat-cepat mengcover baik punya..."Lalat ni baru masuk kot ni.."..Padahal lalat itu sangatlah garing ,akibat digoreng garing ..huhuhu..

Terasa serik pulak dibuatnya..Takpelah dah rezeki Sara dapat insect goreng garing..Lain kali takmo beli lagi ye..

Daging beriani mama pun sangatlah keras (tercabut gigi dibuatnya..)..

Isnin, 26 Julai 2010

Tentang Mati ....

Sejak awal-awal pagi mama dan ayah dah berada dirumah jiran..Rupanya anak menantu lelaki mereka meninggal dunia malam tadi..Sangat sedih dan bersimpati dengan family arwah..

Semasa mama bersalaman dan berpelukan dengan jiran..kami sama-sama menangis(sedih sungguh..).Jiran mama dah umpama family sendiri ,dah umpama adik beradik..Bila mereka bersedih begini, mama cukup terasa..

Dengarnya arwah meninggal disebabkan sakit jantung ..Umurnya pun masih muda iaitu 28tahun sahaja.Yang lebih menambah sayu ialah anaknya masih kecil lagi ,sudahpun kehilangan ayah tercinta..

Harap mereka akan tabah..

Hari ini mama banyak berfikir...tentang mati, tentang amalan untuk dibawa sebagai bekalan yang tak seberapa ini..tentang anak-anak..tentang banyak lagi..

Al-Fatihah buat arwah ..

Jumaat, 9 Julai 2010

Projek menghabiskan encik tepung...

(mama tekan sedikit dengan garpu supaya ada sedikit line..)



Semalam mama menjalankan projek memperabih bahan-bahan biskut dan kek yang ada..(takut expired tanpa disedari pulak..rugi)

Mama cuba buat coklat cips..Simple sahaja bahan-bahan dan cara pembuatannya..Memang berusaha sedaya upaya memperhabiskan bahan-bahan yang ada....Berjaya juga akhirnya..horeyyy..

Tahun ni mungkin tak buat biskut raya seperti tahun-tahun yang lepas..Ayah suruh beli sahaja dan tahun ni mama akan beraya di kampung ayah dulu (dah lama tak raya disana dahulu..mama beri ayah peluang kali ni..)

Actually ayah tak kisah beraya dimana pun ..mama pun sebenarnya tak kisah juga.Yang penting kita sekeluarga meraikannya bersama...

Selasa, 15 Jun 2010

Bila Hanya Tinggal Baju Sahaja....


Semalam ayah tunjukkan mama sesuatu yang agak mengerikan jugalah (maybe ngeri bagi mama jer..huhuhu)

Beriya-iya ayah ajak mama pergi bahagian belakang stor rumah..rupa-rupanya nak tunjukkan kulit ular yang tertinggal dekat pagar...Sangat mendebarkan sebab ukurannya agak panjang dan lilitannya agak besar jugak..

Tapi mama suspek mungkin baju tinggalan Si Ular Tedung...(erkkk Encik Ular Sawa ada ganti -ganti baju tak??).Entah kat manalah Encik Ular itu sekarang agaknya...Mungkin dah kembali semula dalam kawasan tanaman padi jiran belakang rumah yang ketinggiannya dah hampir sama dengan pagar umah dia..

Entah bilalah jiran belakang ni nak potong rumput dan semak itu agaknya..Kalau Encik Ular buat party dalam semak pun tak perasan punyelah..Yang takutnya ialah kotnya Encik Ular ajak rakan-rakannya melawat kawasan berdekatan ,termasuk umah ni..waaaaaa..fobia memikirkannya...

Nota untuk rakan-rakan: Ada apa-apa petua tak untuk hindarkan Encik Ular itu????

Ahad, 30 Mei 2010

Selamat Pengantin Baru Cik Udin ....


Selamat Pengantin Baru..Semoga Kekal Abadi..Bahgia ke anak cucu..Semoga Murah Rezeki....(wah! terpakse nyanyi lagu pula..he3)

Buat adik Udin dan Huda selamat pengantin baru ye..Jalanilah kehidupan rumahtangga dengan baik..Mendoakan yang terbaik buat kalian berdua..

Mood menulis merundum sekarang ni, tapi digagahkan juga buat pengantin baru..Penat jugalah menghantar pengantin ke N9..(macamlah jauh sangat..padahal negeri jiran jer..he3)

Jumpa kita Sabtu depan untuk majlis sambut menantu di Johor..Ada 2 pasangan yang akan diraikan iaitu Cik Baha dan Cik Udin bersama-sama isteri masing-masing....

Khamis, 29 April 2010

Lebih Kuat ...Lebih Best ???

Sejak memandu ni mama perasan setiap kali hampir tiba dimana-mana kawasan berbonggol...anak-anak yang duduk dibelakang merangkap sebagai penumpang, dah standby semacam jer...

Rupa-rupanya mereka nak standby melantun waktu mama langgar bonggol..Tapi ikut nasib jugalah..Kadang-kadang mama langgar slow jer (frustlah mereka dibelakang..).Tetapi sesekali mama berilah peluang mereka bergembira langgar bonggol itu..

Tak boleh langgar selalu ok ..cepatlah terbarai kereta mama nanti.Kadang-kadang perkara yg simple macam tu pun dah buat mereka gembira dan mengilai-gilai..

Notes buat ayah sila standby duit extra ...Yelah asyik langgar bonggol-bonggol ni ,maka peratus kemungkinan Avanza ni bermasalah longgar sana sini sedikit meningkat..he3

Notes buat anak-anak : Kereta mama ni bukan roller coster ok.. :) .

Isnin, 19 April 2010

Myra In The House

Anak sedara yg si cantik manis Myra sedang berada disini..menghabiskan masa sebelum masuk matrikulasi..

Nanti mak ita dan mak Ana bawak jalan-jalan cari makan ok (makan sesaje..he3)..