Sudilah menjadi teman

Ahad, 2 Januari 2011

Kembali Menjadi Supir ....

Setelah sebulan tidak memandu ...esok kerja sebagai supir anak-anak akan bermula semula..Eh! lupa pulak yang mana satu untuk TEKAN MINYAK dan mana satu TEKAN BREK....he3

Tahun ni Sara dan Sofea bersekolah disebelah petang untuk sekolah kebangsaan..Manakala KAFA sebelah pagi..Sharina pulak jadual bertentangan..(kalau semua sama waktu kan bagus..hantar satu trip sajer..jimat masa dan duit minyak..)

Amin akan mula bersekolah menengah (sudah besar anak sulungku ini...sob..sob..sob..).Rasanya macam baru jer masukkan dia ke tadika..pejam celik dah nak masuk menengah..hmmm.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar..Mendoakan yang terbaik buat kalian semua..

4 ulasan:

azieazah berkata...

Tahniahhh... Skill memandu bermula semula. Jangan serik yaaaa... :)

Syeeda Sobbihi berkata...

selamat tahun baru! semoga tahun ini tahun yang ceria untuk akak & anak-anak !

normi berkata...

sama2 la kita menjadi supir kepada anak2 kita.. salam tahun baru 2011..

Lady Lavender berkata...

salam kenal. Nice blog: Saya follow :-)