Sudilah menjadi teman

Khamis, 29 April 2010

Lebih Kuat ...Lebih Best ???

Sejak memandu ni mama perasan setiap kali hampir tiba dimana-mana kawasan berbonggol...anak-anak yang duduk dibelakang merangkap sebagai penumpang, dah standby semacam jer...

Rupa-rupanya mereka nak standby melantun waktu mama langgar bonggol..Tapi ikut nasib jugalah..Kadang-kadang mama langgar slow jer (frustlah mereka dibelakang..).Tetapi sesekali mama berilah peluang mereka bergembira langgar bonggol itu..

Tak boleh langgar selalu ok ..cepatlah terbarai kereta mama nanti.Kadang-kadang perkara yg simple macam tu pun dah buat mereka gembira dan mengilai-gilai..

Notes buat ayah sila standby duit extra ...Yelah asyik langgar bonggol-bonggol ni ,maka peratus kemungkinan Avanza ni bermasalah longgar sana sini sedikit meningkat..he3

Notes buat anak-anak : Kereta mama ni bukan roller coster ok.. :) .

8 ulasan:

azieazah berkata...

Kadang2 benda camtu sudah cukup boleh anak2 terkikih gelak... dan kita tumpang gumbira. Memang tak sangka benda camtu boleh jadi lawak dn mainan kan?

heheeh pasni cuba bawak basikal plak. Sampai tang bonggol, pecut laju-laju... woo best tuh. Berangin dan melayang.. harharhar!

zureen @ mama berkata...

Kak Azie..masalahnya zureen tak reti bawak basikal..huhuhu

Kalau zureen sorong laju-laju boleh tak?..he3

Tirana berkata...

Hahaha..anak-anak kak tirana pun suka kalau langgar bonggol..Kak tirana pulak tak suka jalan berbonggol..melambatkan perjalanan..

zureen @ mama berkata...

Rasanya budak-budak memang suka jalan berbonggol ni..he3

Bagusnya bonggol ni..drivers tak boleh merempit ..he3

ckLah @xiiinam berkata...

...hati hati memandu eik!

Zaitun berkata...

Kalau budak2 suka bonggol takpe ini bapak budak buat kak Zai tenson kadang2 tu,macamlah tak nampak. My hubby suka kak Zai komplen dia bawa kereta sebab bila kak Zai bawa kereta dia pula suka komplen.

zureen @ mama berkata...

Akan zureen ingat kata nasihat Ck Lah itu..

Berhati-hati dijalan raya , ingatlah insan yg tersayang..:)

zureen @ mama berkata...

Kak Zaitun..kita kenalah bykkan bersabar...

(pun selalu kena komen but telinga zureen ada penapis khas...dengar apa yg perlu jer..he3)