Sudilah menjadi teman

Rabu, 14 April 2010

Misi Si Buah Kundang..

Petang ni mama nak menyambung misi yang belum selesai Ahad lepas..MISI BUAH KUNDANG namanya...

Actually adik ipar mama yang sedang start membuyung teringin nak makan buah kundang itu..Dah cuba cari dipasar Tani Shah Alam but tak jumpa katanya..Mama dan ayah pun ada cuba mencarinya di pasar berdekatan pun takde..

Orang kat pasar tu kata buah ni bermusim..huhuhu..

Tapi beberapa minggu lepas kami pernah terjumpa buah kundang ni, sewaktu nak beli nasi ambeng mingguan kitaorang..Harap-harap adalah minggu ni, boleh berikan pada mak buyung tu..

Buat mak buyung Iza..nanti kalau dapat mama call OK :)

Masa kecil dulu-dulu buah ni senang jer nak jumpa tepi2 jalan..Kami panggil buah letup-letup (masam-masam manis gitu..)

Membayangkannya pun dah terasa masam dimulut..(sila bayangkan..)

8 ulasan:

Tirana berkata...

Macam mana rupa buah kundang? Mungkin kak tirana panggil dengan nama lain agaknya...

xiiinam berkata...

Errr...buah kundang?

Kat pokok rembia rumah ckLah dulu-dulu ada...30 tahun dululaaa...

Sekarang tak pernah tengok lagi dah..

azieazah berkata...

Tingin gak ler nak rasa..

Nak ngaku mengidam, blehhh?

pak long berkata...

salam..
nanti uplod la cam mana rupa buah kundang tu...

zureen @ mama berkata...

Kecil macam guli warna kuning bila msak Kak Tirana

Kecik2 rasanya kami panggil buah letup2(sbb boleh diletupkan sewaktu masih hijau..he3)

zureen @ mama berkata...

Yelah Ck Lah dulu senang nak jumpa buah ni..tapi sekarang susah sikit..

zureen @ mama berkata...

Kak Azie..boleh jugak kalau nak mengaku mengidam..Zureen hari2 mengidam he3..

zureen @ mama berkata...

Pak Long..blum jumpa lagi buah tu sbb penjual buah kata blom musim lagik..huhuhu

Nanti kalau ada zureen upload ye..